HIBURAN
Mahu Yang Terbaik, Atikah Suhaime Harap Anak Tak Bencinya Bila Dah Besar - “Kalau Boleh Saya Nak Kawal Hidup Dia Tapi…”
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dia mahu mengawal dan mengatur perjalanan kehidupan anak perempuannya iaitu Lyla Mulan Teh.
Kehidupan anak
Mahu yang terbaik untuk puteri kesayangannya itu, Atikah bagaimanapun enggan menyekat kehidupan anaknya biarpun mempunyai pelbagai perancangan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dua Bulan Baru Berani” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Pertama Mandikan Anak
ARTIKEL BERKAITAN: “Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Puji, Syukur Dikurniakan Isteri Seperti Atikah Suhaime - “Tak Pernah Minta Duit, Dia Jenis Lurus & Ikhlas”
“Kalau boleh saya nak kawal hidup dia. Saya nak dia jadi seorang penari balet, saya nak dia kahwin dengan orang yang ada kenamaan, masuk sekolah yang terbaik.
“Tapi akhirnya, saya rasa itu kehidupan dia, pilihan dia… sebab mama saya pun ada macam-macam cita-cita untuk saya. Saya tak kahwin dengan anak raja.
“Dapat kahwin dengan anak Datuk pun okay la. Maksud saya, kita akan rancang macam-macam untuk anak kita, kita nak yang terbaik untuk dia.
“Tapi yang terbaik untuk yang kita rasa untuk dia, tak semestinya terbaik untuk diri dia,” kongsi Atikah menerusi video temu bual bersama Pa&Ma di TikTok.
Pilih jalan hidup
Pada perkongsian yang sama, pelakon kelahiran Singapura ini juga tidak mahu menjadi penghalang untuk anaknya memilih jalan hidupnya sendiri.
“Jadi, saya biarkan dia nak jadi apa, nak buat apa… buat la. Kadang-kadang saya terfikir, ada sesetengah budak kan, dah besar dia marah dekat mak dia sendiri.
“Saya sentiasa berfikir, apa mak dia buat sampai anak dia marah dekat mak dia. Saya harap Mulan akan sentiasa sayang saya buat selamanya.
“Saya harap dia takkan jadi macam, saya selalu marah mak saya. Akhirnya saya faham, saya mahu yang terbaik untuk dia. Harap-harap dia tak benci saya bila dia dah besar,” ujarnya.
undefined