Pelakon Puteri Sarah Liyana kecewa apabila pembantu rumahnya tidak dapat pulang ke negara asalnya meskipun sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Puteri Sarah memberitahu pembantu rumahnya dihalang menaiki penerbangan yang sepatutnya hanya kerana tiada dokumen pemeriksaan calitan PCR (Polymerese Chain Reaction) terkini dilakukan.

“Hantar maid pergi airport sebab dia nak balik kampung. Semua dah siap. Swab test, 2 doses completed, permit still hidup. Maid berkobar-kobar nak balik.

“Sampai airport maaf puan, kena buat PCR, RTK (rapid test kit) tak diterima,” katanya.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Kejadian tersebut memberi pengajaran pada Puteri Sarah dan menasihati semua supaya melengkapkan dokumen sebelum menghantar pembantu rumah pulang.

“Nak share di sini kalau maid korang nak balik semua kena lengkap.

“Sebenarnya mana boleh dapat informasi ni semua eh? Sebab macam susah nak cari informasi,” luahnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 4, dan Sumayyah, 2 tahun.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)