Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records
Amri Hassan
30/09/2024 15:35 MYT
30/09/2024 15:35 MYT
Stesen Astro Radio Bahasa Inggeris iaitu HITZ, MIX dan LITE melakar rekod baharu dalam Malaysia Book Records menerusi perlawanan Pickleball selama 26 jam tanpa henti di Dink2 @ Sunway Serene X-Park baru-baru ini.
Kata Ketua Pengarah Astro Radio, Priya Darshini, maraton pickleball bermula pada pukul 10 pagi, 28 September lalu, dan berakhir pada pukul 12 tengah hari 29 September.
“Acara ini disertai oleh penyampai radio ketiga-tiga stesen berkenaan dan juga orang ramai yang berminat.
“Sukan pickleball semakin diminati ramai dan mencetuskan idea bagi pihak kami untuk lakukan sesuatu sehingga berjaya pecahkan rekod di Malaysia.
“Selain itu, aktiviti sukan ini juga turut mengetengahkan gaya hidup sihat, eratkan hubungan antara kami dan juga pendengar setia kami.
“Kami juga bercadang akan menganjurkannya di masa akan datang kerana sambutan yang diterima amat luar biasa,” katanya.
Sukan pickleball diperkenalkan pada tahun 1965 oleh tiga orang dari Amerika bernama Joel Pritchard, Bill Bell, dan Barney McCallum di Seattle Washington.
Pickleball adalah sukan menggabungkan pelbagai jenis iaitu tenis, badminton dan ping pong yang menggunakan bola plastik dengan menggunakan pemukul dikenali sebagai Paddle.
Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pemain untuk satu pasukan namun ia juga boleh dimainkan secara single.
BERITA TRENDING: ‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ Anjuran Astro Radio Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Menerusi perlawanan yang mendapat kerjasama sepenuhnya sebuah syarikat telekomunikai CelcomDigi itu, ketiga-tiga stesen radio itu melakar rekod untuk kategori Maraton Pickleball Paling Lama Tanpa Henti.Kata Ketua Pengarah Astro Radio, Priya Darshini, maraton pickleball bermula pada pukul 10 pagi, 28 September lalu, dan berakhir pada pukul 12 tengah hari 29 September.