Majalah Terkenal Gigit Jari, Anne Hathaway Tinggalkan Set Tanda Solidariti Buat Pekerja Yang Dibuang
Maliah Surip
25/01/2024 14:45 MYT
25/01/2024 14:45 MYT
Aktres Anne Hathaway memang berani, punya empati yang besar dan berkelas apabila meninggalkan set pemotretan dengan majalah terkenal Vanity Fair sebagai tanda solidariti terhadap para pekerja yang bernaung di bawah Kesatuan Pekerja Conde’ Nast.
Sebaik menyedari situasi genting yang berlaku terhadap para pekerja yang tertindas, bintang filem The Devil Wears Prada itu memutuskan untuk tidak meneruskan sesi pemotretan.
“Hathaway sedang dirias sewaktu diberitahu mengenai hal tersebut. Dia bangun dan meninggalkan set fotografi.
“Tidak ada sebarang foto yang sempat dirakamkan pada sesi tersebut,” ujar sumber tersebut seperti dilaporkan Variety.
Selain Vanity Fair, antara media lain yang bernaung di bawah syarikat tersebut termasuklah Vogue, GQ, Allure, Architectural Digest, Glamour, Self dan Teen Vogue.
BERITA TRENDING: Rupa Rupanya Anne Hathaway Bukan Pilihan Pertama Atau Ketujuh Di The Devil Wears Prada
Seramai 400 pekerja yang bernaung di bawah kesatuan tersebut sedang membuat bantahan terhadap syarikat Conde’ Nast selepas mengumumkan pemberhentian sekitar 300 pekerja mereka.Sebaik menyedari situasi genting yang berlaku terhadap para pekerja yang tertindas, bintang filem The Devil Wears Prada itu memutuskan untuk tidak meneruskan sesi pemotretan.
PILIHAN PEMBACA: Berjuang Melawan Kemandulan, Anne Hathaway Gembira Hamil Anak Kedua
Menurut sumber, Hathaway sedang dirias sewaktu pembantunya memaklumkan situasi tersebut daripada seorang pekerja yang melakukan mogok.“Hathaway sedang dirias sewaktu diberitahu mengenai hal tersebut. Dia bangun dan meninggalkan set fotografi.
“Tidak ada sebarang foto yang sempat dirakamkan pada sesi tersebut,” ujar sumber tersebut seperti dilaporkan Variety.
Selain Vanity Fair, antara media lain yang bernaung di bawah syarikat tersebut termasuklah Vogue, GQ, Allure, Architectural Digest, Glamour, Self dan Teen Vogue.