,
Viral

Majlis Kahwin Bertukar Tragedi, Remaja Tertusuk Badik Maut Depan Pengantin

Maliah Surip
31/10/2024
11:45 MYT
Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah desa di Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, Indonesia bertukar tragedi apabila seorang remaja maut tertikam diri sendiri.
Insiden tersebut berlaku sewaktu remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai F sedang membuat persembahan yang menjadi adat di desa tersebut untuk menyambut pasangan pengantin baharu.
Menerusi video yang tersebar, F dilihat sedang melakukan rutin adat Makasar yang dikenali sebagai angngaru di hadapan mempelai.
Dia memegang sejenis senjata iaitu badik yang dirapatkan pada bahagian kiri dadanya. Namun badik tersebut telah tercucuk dan menikam dadanya sebelum F dilihat rebah dan meninggal dunia.
“Mungkin kerana kurang berhati-hati, hujung badik telah menikam dadanya sewaktu dia melakukan upacara adat tersebut.
“Dia kemudian jatuh dan tidak sedarkan diri dengan badik yang sudah menembus bahagian dada,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.
Badik adalah sejenis senjata mirip keris yang memang terkenal di Indonesia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Viral

“Andai Kata Isteri Tiada, Saya Mungkin Tak Akan Kahwin Lagi…” - Aliff Syukri Sebak Terkenang Situasi Hampir Bercerai

gempak
29/10/2024
07:25 MYT
Aliff, 37, berkata dia percaya tiada pasangan berkahwin mahu bercerai selain yakin keputusan yang dilakukan mereka adalah jalan terbaik setelah memikirkan masak-masak.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Hiburan

Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

gempak
27/10/2024
06:56 MYT
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Anmum