Belum pun reda gimik kemunculan Mak Cik Senduk di pentas finale Big Stage 2020 memaki hamun usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), tular pula aksi baran Will Smith menampar pelawak Chris Rock hari ini.
BACA: [VIDEO] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chris Rock Ketika Live Oscars
Dua senario yang mendapat reaksi ramai dalam kalangan netizen di Malaysia, seakan-akan memberi gambaran bahawa emosi itu mudah larut dengan perasaan jika tak terkawal.
Di pentas Big Stage 2022, Mak Cik Senduk yang terbawa-bawa dengan karakternya dalam drama bersiri Jangan Menangis Cinta seolah-olah sukar dikawal oleh hos di pentas, Sherry Alhadad dan Alif Satar.
DSV pula kaget! Termanggu-manggu, kosong dan terkejut dengan aksi spontan Mak Cik Senduk yang dijayakan Kiah Propa.
Media sosial seraya dibanjiri oleh komen ramai yang turut sama bersimpati dengan nasib DSV. Kasihan kata netizen dimaki ketika siaran langsung biarpun ia hanya gimik.
Tapi, ada juga netizen mengandaikan DSV selayaknya dimaki, memandangkan kehadirannya di pentas berprestij itu tidak dimanfaatkan sebaiknya sementelah tidak menjalankan tugasnya sebagai Presiden Netizen (membaca ciapan di Twitter).
Sama juga situasi yang berlaku di pentas Hollywood apabila Will Smith bertindak agresif menampar Chris Rock yang mempersendakan isterihya, Jada Pinkett Smith.
Kata segelintir netizen, Smith terlalu baran sampai sukar dikawal, ada mengandaikan betul tindakan Smith yang mempertahankan isterinya.
Malah, ada juga yang beranggapan salah itu pada Rock, terlalu celupar mulutnya sampai menjadikan rumah tangga selebriti satu bahan jenaka. Itu tidak patut kata netizen!
Walau apapun tindakan masing-masing, dua ‘insiden’ yang berlaku ketika di dua acara yang cuma berlangsung selang masa tak sampai pun 12 jam perlu diambil iktibar oleh setiap daripada kita.
Secara manusiawi, emosi tetap ada dalam jiwa, tinggal caranya untuk mengawal, berfikir dan bertindak secara waras.
Bagi yang terlepas pandang, Jangan Menangis Cinta kini mengambil alih slot Megadrama Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.
Jangan Menangis Cinta menceritakan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki.
Diarahkan oleh Raja Mukhriz, drama itu turut dibintangi Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman dan Atilia Haron.
Amri Hassan
Mon Mar 28 2022


"Saya Teringin Lihat Anak Berjaya Sebagai Peguam, Doktor & ..." - Lisa Surihani
Lisa ada perancangan sendiri untuk anak

Dah Putus Dengan Duda Anak Dua, Alya Iman Dedah Status Terkini - “Saya Single Tapi Tak Available..”
Fokus kerjaya.

Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya - "Kalau Nak Jumpa Anak, Saya Cakap Baik-Baik"
Netizen dakwa Che Hafiz terlibat dalam insiden Ahad lalu.

“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!
Hey filem Syafiq pun best lah.
_1.jpg?ext=.jpg)
"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum
Pelik juga kan

Kes Jangkitan Pernafasan Di Johor Meningkat Sebanyak 70.9 Peratus
Jaga diri semua

2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya