Laman Utama

Makin Kurus, Melly Goeslaw Akui Dah Ramai Nak Taja Baju - “Tiba-Tiba Ramai Nak Sponsor, Dulu Susah, Kena Jahit Lain…”

gempak
Izwan Isa
03/07/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Makin Kurus, Melly Goeslaw Akui Dah Ramai Nak Taja Baju - “Tiba-Tiba Ramai Nak Sponsor, Dulu Susah, Kena Jahit Lain…”
Penyanyi dari seberang, Melly Goeslaw memberitahu banyak manfaat yang dirasai selepas melalui pembedahan bariatrik yang dilakukan pada 15 Jun tahun lalu.
Menurut Melly, sungguhpun dia makin bebas melakukan aktiviti dan tidak lagi merasai keperitan akibat masalah obesiti, namun, penyanyi lagu Ku Bahagia itu tidak menggalakkan individu yang alami masalah berat badan untuk melakukan pembedahan yang serupa.
BACA: "Segar & Sihat" - Dah Turun 30kg, Melly Goeslaw Mahu Turun Lagi 2kg Untuk...
“Secara peribadi, saya tidak pernah meminta siapa pun untuk melakukan bariatrik, tetapi jika saya memberikan inspirasi terhadap langkah-langkah yang diambil, silakan,” kata Melly kepada KapanLagi baru-baru ini.
Selain disahkan menghidap diabetes sebelum ini, Melly menambah, dia memutuskan untuk menjalani pembedahan bariatrik kerana kesihatan mentalnya turut terjejas.
"Itu keputusan setiap individu sebab yang rasa sakit jadi orang gemuk, bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Macam baru masuk kedai cari baju, jurujualnya baju tiada saiz besar,” kata Melly.
Kini, selepas setahun menjalani pembedahan bariatrik, berat badannya turun 35 kilogram. Melly akui tidak lagi bersusah payah mencari pakaian untuk digayakan.
BACA: Bukan Makanan Mewah, Sanggup Pesan Berkotak-Kotak! Melly Goeslaw ‘Ketagih’ Maggi Mi
"Alhamdulillah, selepas kurus, saya turun 35 kilogram. Pakai baju yang lebih bagus. Nak cari sponsor baju sekarang pun senang, tiba-tiba ramai yang nak taja. Dulu ramai tak nak sebab susah nak ambil saiz sedia ada, perlu dijahit lain kerana saiz berbeza," katanya lagi.
Sumber: KapanLagi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024