UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

"Makin Tinggi Pujian, Makin Naik ..." - Faizul Surani Simpan Rahsia Harga Busana Nadeera Zaini, Pegang Prinsip Tiada Tajaan Percuma

Ainun 21/02/2025 | 08:55 MYT

Pertama kali mereka busana untuk pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-39, Nadeera Zaini, pereka fesyen Faizul Surani akui senang untuk bekerjasama dengan penyanyi tersebut.

Jelas Faizul dari rumah fesyen tersohor Rizalman, dia juga berbesar hati untuk menyiapkan busana Nadeera yang baru pertama kali melangkah ke pentas besar seperti AJL.
"Sejujurnya, saya tak sangka Nadeera sendiri datang kepada saya dan bertanya sama ada saya sudi untuk menyiapkan busana AJL39 untuknya.

"Kemudian saya terus cakap, tak ada salahnya untuk saya buat busana bagi seorang artis yang pertama kali masuk ke AJL. Mungkin ini adalah sasaran dia untuk memakai jenama Rizalman," katanya kepada Gempak.

Menegaskan masih berpegang pada prinsip jenama Rizalman yang tidak tidak menaja mana-mana artis secara percuma, dedah Faizul pihak Nadeera dan pengurusannya memilih untuk membeli sendiri busana tersebut.

"Kalau orang nak bayar, sudah semestinya saya terima. Mungkin pihak pengurusan dia dah faham yang jenama kami tak menaja mana-mana artis. Sebab itu mereka jejakkan kaki ke butik Rizalman," jelasnya.

Bagaimanapun, Faizul enggan mendedahkan harga sebenar busana yang dipakai oleh penyanyi Bukan Lagi Kita itu.
"Harga busana itu saya tak boleh kongsi. Anggaran pun belum dikira lagi. Kalau pujian terhadap busana itu melambung tinggi, mungkin harga pun boleh naik," katanya berseloroh.

Nadeera profesional

Faizul turut memuji sikap profesional Nadeera, yang menurutnya memudahkan proses rekaan busana tersebut.
"Kerjasama dengan Nadeera sangat senang. Dia mungkin dah belajar sebelum ini untuk bertanya kepada saya dengan cara yang betul.

"Kalau tanya mana-mana selebriti yang menempah baju dengan saya, saya akan beri 100% usaha saya. Kalau mereka datang dengan contoh dari Pinterest, saya terus terang cakap, saya bukan tukang jahit.

"Tapi kalau mereka bagi konsep yang dimahukan dan lagu yang bakal dipersembahkan, insya-Allah saya boleh buat yang terbaik. Kemudian, Nadeera serahkan segala-galanya kepada saya," katanya lagi.

Konsep selari tema

Menariknya, konsep asal busana tersebut datang daripada pihak pengurusan Nadeera sendiri. Mereka mahu memastikan rekaan yang dihasilkan selari dengan tema persembahan.
"Alhamdulillah, bagi saya keseluruhan konsep yang diketengahkan membantu menaikkan lagi nilai busana itu.

"Konsep asal datang daripada pihak pengurusan lagu. Mereka datang berbincang dengan saya tentang apa yang mereka mahukan. Kami sama-sama curahkan idea.

"Bila berbincang, saya cakap boleh buat, tapi kena ada backup plan kalau apa yang dirancang tak menjadi," jelasnya.

Proses rushing

Faizul turut mendedahkan bahawa keseluruhan proses menyiapkan busana ini hanya mengambil masa sebulan setengah, satu tempoh yang dianggap agak singkat untuk rekaan sebegitu.
"Kalau tengok penampilan Nadeera malam itu, dia ada tiga transisi. Mula-mula keluar dengan gaun hitam, kemudian gaun putih dan yang terakhir kain veil diturunkan.
"Perbincangan memerlukan planning yang sangat rapi. Keseluruhan proses mengambil masa lebih kurang sebulan setengah, dan sejujurnya ia agak rushing," ujarnya.
Walaupun dalam tempoh yang singkat, busana ciptaan Faizul tetap mencuri tumpuan dan menjadi antara rekaan yang paling mendapat pujian di AJL39. Terbukti busana dan kain layah dramatik pada pentas itu masih diperkatakan biarpun sudah seminggu berlalu.

BERITA BERKAITAN: Netizen Tak Move On, Lagu Bukan Lagi Kita Raih Carta Nombor Satu Di Setiap Platform Muzik Di Malaysia

BERITA BERKAITAN: Perfect Timing! Rupa-Rupanya Isteri Sharul Kamal Jatuhkan Veil Nadeera - "Nak Buat Tu Pun Kena Ada Jiwa Dalam Muzik"

BERITA BERKAITAN: Nama Dipetik Terkait Isu Tangkap Khalwat Dengan Suami Orang, Nadeera Maafkan Pemfitnah - “Saya Tak Ambil Peduli, Itu Bukan Saya”

BERITA BERKAITAN: “Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Menceritakan Kisah Hidup Saya” - Nadeera Kongsi Simbolik Tukar Warna Baju Atas Pentas

#Busana #Rahsia #Harga #Nadeera Zaini #Faizul Surani