Laman Utama

Makkah Dilanda Ribut Ekstrem, Kilat Sambar Menara Jam Abraj Al-Bait

gempak
Maliah Surip
24/08/2023
04:40 MYT
Sponsor Banner
Makkah Dilanda Ribut Ekstrem, Kilat Sambar Menara Jam Abraj Al-Bait
Ribut petir dan hujan lebat ekstrem telah melanda Masjidil Haram di Kota Suci Makkah pada Selasa (22/8) sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) menimbulkan suasana panik dalam kalangan jemaah yang berada di kawasan masjid tersebut.
Menerusi beberapa potong video yang viral di media sosial, hujan lebat beserta angin deras telah menerbangkan penghadang di pekarangan Masjidil Haram dengan ramai jemaah yang sedang tawaf menunaikan umrah dan bersedia untuk solat seperti ‘ditolak’ angin sehingga jatuh.
Suasana panik itu memperlihatkan jemaah umrah berlari demi mencari tempat berlindung untuk menghindari badai tersebut.
Sementara itu dalam rakaman video lainnya pula dapat dilihat dengan jelas kilat menyambar menara jam Abraj Al-Bait yang dikenali sebagai Menara Jam Makkah.
KhaleejTimes melaporkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran ‘merah’ kepada seluruh penduduk.
Ribut petir yang melanda itu juga disifatkan antara yang terburuk selepas kejadian ribut yang menyebabkan tragedi kren tumbang pada tahun 2015.
Meski berdepan dengan cuaca yang cukup ekstrem, pihak berkuasa tempatan menyifatkan ribut berkenaan sebagai rahmat untuk Makkah kerana suhu di seluruh wilayah di Arab Saudi ketika ini semakin meningkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live