Laman Utama

“Maknanya Dia Prihatin Tentang Anak Saya” - Ibu Adlina Marie Terharu Apabila Haqiem Rusli Sanggup...

gempak
Hanafis Haris
10/09/2020
05:51 MYT
Sponsor Banner
“Maknanya Dia Prihatin Tentang Anak Saya” - Ibu Adlina Marie Terharu Apabila Haqiem Rusli Sanggup...

Mengangkat kisah seorang kanak-kanak yang viral ketika menziarahi kubur bapanya, lagu Adlina Marie nyanyian Haqiem Rusli telah pun dilancarkan dua minggu lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun ditonton sebanyak 921,000 kali.

BACA: “Kenapa Ayah Tak Keluar Pun” - Kisah Adik Adlina Marie Yang Viral Ini Akan Diangkat Menjadi Lagu Terbaru Haqiem Rusli!

Namun, menerusi satu video terbaru di Instagram Haqiem, ibu kepada Adlina buat pertama kalinya memberi respon terhadap penghasilan lagu tersebut.

“Terkejut bila dapat tahu artis macam Haqiem nak buat lagu untuk Adlina.

“Maknanya dia prihatin la tentang Adlina,” katanya.

Menerusi video berkenaan, adik Adlina juga turut meluahkan rasa gembiranya.

“Saya gembira, gembira sebab ada abang. Abang Haqiem Rusli,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen turut memuji pendekatan berbeza Haqiem Rusli dalam menghasilkan karya baru.

Selain menganggap lagu tersebut mempunyai makna yang tersirat, tidak kurang juga yang mendoakan supaya single Adlina Marie mampu ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL).

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

A post shared by MANAGER - 0136382215 (@haqiemrusli98_) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live