Perkongsian pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah di Instagramnya ketika dia sedang mengandung mengundang pelbagai reaksi daripada rakan-rakan artis dan netizen.

Shahirah yang menggunakan Instagram shieraijoy menggabungkan namanya dan nama suami mendapat pelbagai komen nakal dan mengusik apabila dia memuat naik sekeping gambar sedang sarat mengandung.

"Gambar dulu kalau mengandung ni banyak air. Kusmangat. Anak Ijoy betulla. Masa ni jalan seret, lain tak bengkak perut je.

"4 kilo je katanya. Ada orang lebih 4 kilo lebih comelnya perut. Sampai sekarang lemak bertakung. Rasa nak toreh lembek dia," tulis Shira sebagai caption untuk gambar tersebut.

Ramai selebriti turut meninggalkan komen pada gambar tersebut.

"Kakak mengandung berseri sangat-sangat," puji Rebecca Nur Islam.

"Saya ingatkan kak mengandung lagi.. hehehe," usik @azadsyazirarose.

"Rindu nak mengandung lagi ke kak?" tanya Feeya Iskandar.

"Mengandung dapat sandal mahal tak apa kak," usik Suraya Borhan.

Gambor dulu kalau ngandung ni banyak air..kusmangat.. Anak ijoy betulla. ..masa ni jalan seret..lain tak bengkak perut je 4kilo je katanya...ada org lebih 4kilo lebih comelnyaa perut Sampai sekarang lemak bertakung...rasa nak toreh lembik dia...

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on


Perkahwinan Sharifah Shahirah bersama Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy pada tahun 2003 dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Kredit Gambar: Instagram @shieraijoy