Berita

Malaysia Catat 8 Kematian Akibat COVID-19

gempak
ZULHILMI JALIL
21/03/2020
12:18 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Catat 8 Kematian Akibat COVID-19
Memasuki hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan, secara keseluruhan Malaysia mencatatkan lapan kematian akibat COVID-19 setakat pukul 6.30 petang Sabtu.
Ia merupakan angka terbaharu, selepas kes kematian keempat di Melaka dilaporkan petang tadi iaitu kurang 24 jam daripada kematian ketiga semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara tersebut menerusi posting di Facebooknya sebentar tadi.
Menerusi entri tersebut, Noor Hisham memberitahu, kematian kelima melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun di Sarawak pada 18 Mac yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Borneo pada 16 Mac lalu selepas mengalami beberapa simptom seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas.
Pelaporan kes kematian pertama akibat COVID-19 daripada keluarga ini lambat diterima daripada hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang telah dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur.
Kes kematian keenam pula juga di Sarawak melibatkan anak perempuan kepada kes kematian kelima yang berusia 40 tahun meninggal dunia pada jam 1.20 petang hari ini.
Seterusnya, kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan ada kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini.
Manakala kes kematian kelapan melibatkan seorang lelaki berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.
Mangsa sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac setelah mengalami gejala demam pada 12 Mac lalu dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 18 Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 petang hari ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live