Perkhidmatan e-hailing atau seru-pandu yang berasal dari Indonesia, Go-Jek dan jenama akan mula dilancarkan di Malaysia bermula Januari tahun 2020.

Memetik laporan Channel News Asia, perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Antony Loke pada Selasa.

Kedua-dua teksi motosikal ini akan menjalani tempoh ujian selama 6 bulan terlebih dahulu bagi mengkaji permintaan pelanggan terhadap servis tersebut.

Untuk tempoh percubaan, perkhidmatan ini terhad di kawasan Lembah Klang sahaja.

Namun begitu, kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperluaskan ke kawasan lain sekiranya terdapat permintaan.

Menurut Anthony Loke, kerajaan melaksanakan projek percubaan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa untuk undang-undang khusus diusul, dibentang dan diluluskan di Parlimen.

“Teksi motorsikal juga akan tertakluk kepada peraturan yang sama seperti yang ditetapkan kepada syarikat e-hailing yang lain,” katanya kepada Channel News Asia.

Untuk memastikan keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis akan turut sama terlibat dalam pelaksanaan undang-undang sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Pengangkutan Jalan.

Penunggang Go-Jek perlu berusia 18 tahun ke atas dan boleh membawa seorang pembonceng sahaja pada satu masa yang juga berusia tak kurang daripada 18 tahun.

Malah, motosikal yang digunakan juga tidak boleh melebihi usia lima tahun dan penumpang juga dijamin dengan insuran.

Bagi syarikat tempatan Dego Ride yang mula beroperasi sejak 2017, teksi motorsikal ini turut memberikan perkhidmatan menghantar barang.