Skip to main content

Viral

'MALBATT: Misi Bakara' Bongkar Kisah Benar Kejadian Black Hawk Down - "Filem Ini Memang 90 Peratus Adalah..."

untitled-design.png
Mengambil inspirasi daripada kisah benar, MALBATT: Misi Bakara kini sudah bersedia untuk menggegarkan pawagam di seluruh negara pada 24 Ogos 2023. 

Mengusung  genre  aksi  dan  patriotik,  filem arahan  Adrian Teh berdasarkan  kisah  benar  tahun  1993  dan  menyelami  keberanian  anggota 19 Rejimen  Askar  Melayu  Diraja  (RAMD)  Mekanis  dari  Batalion  Malaysia  (MALBATT)  yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia dalam kejadian Black Hawk Down.

Menurut Adrian, dia hanya berdepan dengan kesukaran dari segi membuat skrip kerana ingin memastikan momen dan pengorbanan setiap watak disampaikan dengan baik memandangkan filem itu berdasarkan kisah benar. 

"Bagi saya, kesukaran ketika nak buat skrip sebab nak pastikan momen, pengorbanan setiap watak disampaikan dengan betul. Dari segi screen time tak ada masalah. 

"Filem ini memang 90 peratus adalah benar. Benda-benda kecil itu pun memang benar berlaku sebagai contoh dialog Hairul yang mengatakan Malaysia berada di tengah-tengah antara Thailand dan Singapura. 

"Tapi ada beberapa bahagian diletakkan sedikit hiburan untuk pastikan ia lebih dekat dengan penonton terutama watak Isa (lakonan Safwan Nazri)," kata Adrian ketika sidang media previu filem itu yang didakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada Selasa. 

Untuk meraikan filem yang bakal pecah panggung ini, malam gala yang gemilang telah 
turut dihadiri tokoh ulung termasuklah YB  Fahmi  Fadzil,  Menteri  Komunikasi  dan  Digital,  YB  Teo  Nie  Ching,  Timbalan  Menteri Komunikasi dan Digital.

Selain itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang,  Panglima  Tentera  Darat,  Jeneral  Tan  Sri  Datuk  Seri  Mohammad Ab Buang,  Panglima  Tentera  Darat,  Jeneral  Tan  Sri  Datuk  Seri  Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman  Khan,  Datuk Kamil  Othman,  selaku  Pengerusi  FINAS  dan  Rozita  Waty  Ridzuan,  Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

Antara pelakon-pelakon ternama yang terlibat adalah Bront Palarae, Shaheizy Sam,  Hairul  Azreen,  Zahiril  Adzim, Iedil  Dzuhrie,  Adlin  Aman  Ramlie,  Fauzi  Nawawi  dan Tony Eusoff. 

Di majlis tersebut, turut hadir memberi sokongan adalah rakan promosi filem MALBATT : Misi  Bakara  iaitu  anak  syarikat  di  bawah  Berjaya  Corporation,  7Eleven  Malaysia, Starbucks  Malaysia,  Kenny  Rogers  Roasters,  Krispy  Kreme  Doughnuts  Malaysia  dan Cosway Malaysia. 

MALBATT:  Misi  Bakara  dipersembahkan  oleh  Tentera  Darat  Malaysia  bersama  enam syarikat  penerbitan  gergasi  iaitu  Berjaya  Pictures,  Act  2  Pictures,  Fast  Bikes,  Aurum Investments  Limited,  Golden  Screen  Cinemas  dan  Astro  Shaw. 

Turut  hadir  di  majlis pelancaran  tersebut  adalah  Tan  U-Jiun,  wakil  daripada  Berjaya  Corporation,  Syed  Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Budi Citawan, Wan Hanafi, Pengarah Urusan Berjaya Pictures dan Ketua Pegawai Eksekutif Act 2 Pictures, Dato’ Hj Razak Al-Malique  Hussain,  Ketua  Pegawai Eksekutif Fast Bikes, Carla Soong, wakil Aurum Investments Limited, Koh Mei Lee, Ketua Pegawai  Eksekutif  Kumpulan  Golden  Screen  Cinemas  dan  Raja  Jastina  Raja  Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara.

MALBATT: Misi Bakara menelusuri kisah sebenar keberanian dan dedikasi pahlawan-pahlawan Malaysia yang sanggup mengatasi segala rintangan untuk menegakkan nilai-nilai patriotisme dan solidariti.

Ia merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX dan juga tersedia dalam format 4DX dan Dolby Atmos.

Advertisement

Must-Watch Video