HIBURAN
Malek McCrone Sunyi Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Ibu, Rindu Nak Buat Sarapan Untuk Arwah – “Selama 22 Tahun Saya Buat Rutin Itu Tiba-Tiba…”
Model dan pelakon, Malek McCrone berkongsi pengalaman pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sosok ibu tercinta, Allahyarham Aishah Adam.
Jaga Adik Istimewa
Kongsi Malek atau nama sebenarnya, Malek Marcus Mccrone, 31, dia menyambut hari mulia itu sangat berbeza apabila turut menjaga adik istimewanya yang mengalami masalah Down Syndrom selepas kehilangan ibu.
“Ya saya pertama kali beraya tanpa ibu. Saya hanya beraya bersama adik-adik saya.
“Beraya bersama adik kesayangan saya yang istimewa, saya kena pastikan hari raya adalah hari bahagia untuk dia.
“Kita manusia biasa yang boleh bersedih, tetapi untuk orang Istimewa kita perlu tunjuk lebih (kasih sayang),” ujarnya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Malek turut berkongsi pengalaman dia menjaga adik istimewanya itu ketika pemergian ibu enam bulan lalu.
“Setahun selepas saya jaga ibu saya, saya ada buat persiapan awal untuk dia seperti minta dia tidur berasingan dengan ibu saya. Jadi bila ibu pergi, dia tidak terasa sangat.
“Sekurang-kurangnya dia dah bersedia dan tahu situasi selepas itu bagaimana,” kongsinya lagi.
Buntu Tiada Lagi Rutin Bersama Ibu
Mengakui raya tahun ini sangat sunyi, Malek meluahkan rasa rindu untuk melakukan rutin harian bersama arwah ibu.
“Sudah tentu sunyi, ibu lah ibu dan bapa dalam dunia kami adik-beradik.
“Saya rindu nak buat sarapan untuk dia setiap pagi. Selain itu ada juga seperti urut kaki, lap badan.
“Selama 22 tahun saya buat rutin itu dan tiba-tiba tiada dia rasa buntu sendikit. Tak mengapa, fokus saya sekarang adalah adik saya,” kongsi Malek yang merindui masakan ibunya iaitu rendang kerang.
Untuk info, ibu Malek meninggal dunia pada 22 September tahun lalu akibat kanser.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Malek Mccrone Meninggal Dunia - “Selamat Tinggal Mamiku Tersayang”
Must-Watch Video