Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Mama Akan Sakit Bila Semua Orang Dah Sihat, Itulah Pengorbanan…” – Almy Nadia

Mya Amri
03/03/2019 23:00 MYT
Pelakon, Datin Almy Nadia akui tidak mudah untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
 
Bagaimanapun kata Almy walaupun agak penat namun itulah momen paling berharga buat dirinya kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga.
 
Almy berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
 
“Tugasan seorang suri rumah tangga sepenuh masa, bila anak-anak tidur, si ibu bersilat buat keja lain… Tak ada rehat yer.
 
“Orang kerja ofis, orang pergi shooting ada jugak rehatnya cutinya mcnya tapi housewife fulltime tak ada cuti.
 
“Masa bila nak rehat bila nak tidur tengah malam belum time sakit lagi, kalau semua sakit berjemaah nah ambil orang paling last sakit adalah mama dan papa.
 
“Papa lately ni senang sakit sebab dia shooting tempat panas dan tempat berhabuk, mama akan sakit lepas semua dah sihat time mama sakit.
 
“Yes, inilah PENGORBANAN seorang ibu yer… Bukan senang tau, bukan susah… If kita enjoy the moment, itu saat paling bahagia sekali,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tugasan seorang surirumahtangga sepenuh masa,bila anak2 tdo,si ibu bersilat buat keja lain.. tak ada rehat yer.. org keja ofis org shooting,ada jgk rehatnya cuti nya mcnya tapi housewife fulltime tak ada cuti.. ms bila nak rehat bila nak tdo tgh malam blm time sakit lagi,klu semua sakit berjemaah nahh ambil org paling last sakit adalah mama n papa.. papa lately ni senang sakit sbb dia shooting tempat panas n tempat berhabuk,mama akan sakit lps semua dah sihat time mama sakit.. yesss inilah PENGORBANAN seorang ibu yer.. bukan senang tau,bukan susah.. if kita enjoy de moment itu saat paling bahagia skali..

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on

 
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan perkongsian Almy itu.
 
“Betul tu, kadang-kadang tu rasa nak nangis sebab terlalu penat... Anak dah tidur kita tak tidur lagi. Lebih-lebih lagi bila anak dah ramai tapi happy bila tengok anak-anak membesar depan mata,” sokong @riyandzill
 
“Betul kak... Saya pun suri rumah sepenuh masa. Memang penat tapi tetap bersyukur sebab ada anak-anak yang membuatkan kita jad happy,” komen @clodrew
 
“Kasih sayang seorang ibu dan pengorbanan tiada tolok gandingnya,” tulis @iedura72
 
Terdahulu, Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, Aurora, 1 dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My hero susah sakit,tp klu sekali sakit ??? semoga cepat sembuh ya syg

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on

Foto: Instagram @fizzalmy
 
#pelakon #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia #Fairuz #Fizz