,
Hiburan

"Mama Tiba-Tiba Tak Boleh Berjalan, Saya Sendiri Tolak Kerusi Roda Ketika Tawaf" - Ernie Zakri Cerita Pengalaman Umrah

Amri Hassan
10/01/2020
06:18 MYT
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi pengalaman menjaga ibunya, Rafiaah Mohamed yang tiba-tiba tidak boleh berjalan ketika mengerjakan umrah di tanah suci Makkah akhir tahun lalu.
Jelas Ernie, 27, perkara itu sedikit sebanyak menduganya sekeluarga ketika pertama kali mengerjakan ibadah itu.
"Saya ke Makkah bersama mama dan papa namun setibanya di sana mama tidak boleh berjalan tiba-tiba padahal ketika di Malaysia sihat saja.
"Jadi saya sebagai anak menjadi tanggungjawab untuk menjaga mama dan ketika tawaf pun saya tolak kerusi roda mama.
"Sedikit sebanyak ia menduga dan rasa teruji sedikit. Alhamdulillah apabila sampai sahaja di Malaysia, mama kembali sihat," katanya kepada Gempak.
Ernie ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-34 di De'Wan by Chef Wan Kuala Lumpur semalam memberitahu pengalaman umrah antara momen indah dalam hidupnya.
"Ia satu pengalaman yang sangat menarik dan masing-masing ada cerita sendiri. Syukur, segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan dan saya dapat melihat Kaabah depan mata!
"Mesti ada sebab saya dijemput ke sana dan insya-Allah saya akan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik.
"Saya pun masih berusaha untuk memperbaiki apa yang tidak betul. Sesungguhnya pengalaman di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sangat indah," ujarnya.
Ernie yang mempertaruhkan Ku Bersuara antara finalis AJL34 yang akan bertanding pada 9 Februari depan.
Selain Ernie, AJL34 bakal menampilkan lagu-lagu hebat antaranya Sumpah (Aina Abdul), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Hiburan

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

gempak
12/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Hiburan

Menyanyi Sambil Belanja ‘Six Pax’, Rain Buat Peminat di BSMF Tak Keruan

gempak
12/10/2024
11:55 MYT
Apa yang membuatkan penonton tidak senang duduk apabila penyanyi itu mula "belanja" otot badannya ketika menyanyikan lagu La Song.
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
BorakSeeni