Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Mambo Number 5“ - Zaquan Dan Ayu Raudhah Bakal Sambut Cahaya Mata Kelima

Badrul Hashim
15/12/2020 08:30 MYT
Biarpun sudah agak lama menyepi daripada bidang lakonan, pelakon jelita Ayu Raudhah yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan tetap menjadi perhatian peminat.

Terbaru, ketika di majlis surprise ulang tahunnya yang ke36, Ayu Raudhah dan juga suaminya pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha turut berkongsi berita gembira tentang kehamilan Ayu.

Biarpun hanya dengan ayat pendek sahaja, ianya tetap menggambarkan betapa gembiranya mereka menanti cahaya mata yang kelima.

"Mambo number 5," tulis Zaquan berserta tanda pagar #AlhamdulillahRezekiAllah serta teka teki jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti.

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08)


Ayu turut berkongsi gambar yang sama di Instagram miliknya dengan ucapan ringkas buat sang suami.

"My endless love," tulis Ayu dengan tanda pagar yang turut mengakui dia sedang hamil iaitu #YesImPregnantAgain.

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)


Perkahwinan Ayu atau nama sebenarnya Raudhah binti Che Wan bersama pasangannya Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada Januari 2011 dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

#pelakon #Hamil #Ayu Raudhah #Cahaya Mata #Zaquan Adha #Pemain Bola Sepak