Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Homework Anak Bertimbun! Mak Sampai Menangis Dalam Bilik Air…Mana Nak WFH, Nak Masak, Terkejar Pula Kelas Online Anak?

gempak
Syafiqah Jalal
12/02/2021
13:31 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Homework Anak Bertimbun! Mak Sampai Menangis Dalam Bilik Air…Mana Nak WFH, Nak Masak, Terkejar Pula Kelas Online Anak?
Tahun 2021 merupakan tahun kedua perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau kelas online bagi sesetengah sekolah di seluruh negara.
Dalam masa yang sama peningkatan kes Covid-19 harian yang masih belum surut ini banyak syarikat swasta membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah atau Working From Home (WFH) sejak tahun lalu.
Jadi bagi ibu-ibu yang WFH ini lah cabaran mereka adalah untuk memastikan kualiti kerja mereka tidak terjejas dan dalam masa yang sama terpaksa mengendali anak-anak di rumah terutama yang mengikuti kelas online hampir setiap hari.
Bukan itu sahaja, selain perlu memastikan keperluan pembelajaran mereka dirumah cukup dan lengkap ibu bapa juga terpaksa menguruskan waktu belajar anak-anak menerusi Google Meet serta kerja rumah atau homework yang diberikan oleh guru setiap hari.
Mami Piqah faham sangat masalah dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa ini kerana apa yang mereka lakukan itu bukan mudah. Mana perlu fokus bekerja sekali gus meeting online, dalam masa yang sama memantau kelas anak yang semuanya berjalan serentak secara PdPR juga.
Kerja rumah pasti buat yang mana sempat sahaja yang penting perut anak-anak juga perlu di rumah diisi dengan masakan ibu.
Dek kerana tekanan itu, Mami Piqah tak terkejut apabila baru-baru ini ada seorang ibu tampil meluahkan rasa hatinya yang dia kini sudah burnout dan penat dalam menguruskan kelas online tiga orang anaknya sejak tahun lalu.
Katanya tiada daya lagi sehingga hampir putus asa apabila menghadap kelas online anak-anaknya yang didakwa lebih banyak diberikan homework serta link video dari Youtube sahaja. Guru kurang mengajar mungkin kerana keterbatasan medium tersebut.
“Kelas online katanya, tapi jadi kelas tempek link youtube, tempek homework online di Whatapps group. Saya cuba ikut dan fahami dari tahun lepas. Ok, mungkin perlukan masa untuk beradaptasi dengan sistem sebegini. Tapi bila tahun ni pun dok buat benda sama, saya give up,” katanya.
Bagaimana ibu itu tidak tertekan, anaknya bukan seorang tetapi tiga dan setiap orang mempunyai tiga subjek yang perlu diikuti dalam kelas online setiap hari.
Bukan itu sahaja, ibu itu mengeluh dalam masa yang sama perlu melayan tiga group Whatsapp sekolah anaknya yang mana ibu bapa masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk menunjukkan anak siapa paling hebat!
Menurut ibu itu lagi, dek kerana turut sibuk dengan urusan pembelajaran dirinya juga yang difahamkan sedang menyambung pengajian dia terpaksa bawa komputer riba ke dapur?
“Saya sendiri pun ada kelas online…sambil ajar anak, sambil usung laptpp masuk dapur, prepare lunch, sambil saya jawab exam, prepare modul, recording segala. Alhamdulillah, saya sabar, dan sabar lagi lalui hari-hari mendatang,” luahnya lagi
Macam mana lah ibu seorang ni tak burnout? Dia memberitahu kerana terlampau letih dan putus asa dia menangis sendiri dalam bilik mandi.
“Saya burnout. Saya terlampau letih, saya dah tak sanggup. Saya buka shower dan menangis semahu-mahunya dalam bilik air sebab tak nak anak-anak nampak. Lepas tu baru saya boleh cool down balik. Otak saya baru boleh berfikir secara rasional,” luahnya.
Mami Piqah simpati betul dengan ibu ini tidak sangka kerana tekanan yang ditanggung mental dan kesihatannya juga terganggu.
Namun kecekalan ibu ini harus dipuji kerana demi anak dia bangkit semula dan cuba melawan semuanya untuk memastikan emosinya tidak terganggu dan dalam masa yang sama anak-anaknya tidak tertekan dengan pembelajaran baru yang mereka hadapi kini.
Mami Piqah suka dengan konsep baru yang digunakan kini iaitu mengatur pembelajaran anak-anak untuk lebih memahami topik yang diajar daripada hanya fokus menyiapkan kerja rumah yang diberi.
“Sekarang kami fokus kepada strategi dan jadual baru kami. Yang penting pemahaman anak-anak, bukan kehadiran. Sejam-dua sehari fokus setiap topik much better dari hari-hari dok buat keja sekolah,tapi haram tak paham apa,” jelasnya.
Itulah namanya ibu, mak, mama dan seangkatan dengannya walau apa yang berlaku mereka tetap kuat demi membesarkan anak-anak dengan cara yang paling terbaik.
Mami Piqah harap semua ibu-ibu di luar sana tabah dan kuat hadapi cabaran baharu ini dalam membesarkan serta mendidik anak-anak seiring dengan komitmen kerja dalam mencari pendapatan hidup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live