Sekilas
- Episod Meet Your Idol kali ini menampilkan Zarif Ghazzi dari KUDRAT 1968: High Council sebagai selebriti jemputan.
- Tiga pasangan dari kelab peminat Zarifanatics bersaing untuk meluangkan masa bersama Zarif dengan satu wakil setiap pasangan berdepan cabaran meyakinkan Zarif.
- Pasangan terpilih dibawa ke lokasi penggambaran KUDRAT 1968 dan berpeluang bertemu pelakon lain seperti Mierul Aiman, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.
Istimewa untuk episod kali ini, Meet Your Idol menampilkan bintang KUDRAT 1968: High Council, Zarif Ghazzi sebagai selebriti jemputan.
Menerusi episod ini, tiga pasangan daripada kelab peminat Zarifanatics iaitu Yaya Ali dan Ana Ishak, Nor Azzuwin dan Nur Irdyna serta Nur Zulaikha dan Qamarina Izzati berentap untuk menambat hati Zarif demi merebut peluang meluangkan masa bersama pelakon muda itu.
Berbeza daripada episod sebelumnya, setiap pasangan perlu menghantar seorang wakil untuk bersemuka dan meyakinkan Zarif bahawa mereka layak menjadi pilihannya.
Namun, kejutan tidak terhenti setakat itu apabila Meet Your Idol menghadirkan plot twist yang pastinya menambah keterujaan buat Yaya dan Ana, pasangan yang akhirnya terpilih untuk meluangkan masa bersama Zarif.
Lebih menarik, peluang istimewa itu turut membawa mereka ke lokasi penggambaran KUDRAT 1968: High Council, sekali gus memberi kesempatan untuk bertemu dengan beberapa bintang lain seperti Mierul Aiman, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.
Meet Your Idol merupakan program realiti berkonsepkan pertandingan yang menguji peminat tegar menerusi cabaran di luar jangkaan demi merebut pengalaman eksklusif sekali seumur hidup bersama selebriti idaman mereka.
Dikendalikan oleh Daniel Cheang, program ini menampilkan barisan selebriti popular termasuk Zarif Ghazzi, Firdhaus Farmizi, Aisha Retno, ALPHA, Amin Abid, Hussain, DOLLA dan Aina Abdul.
Meet Your Idol bersiaran setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi Sooka.
Foto: CuriCuriKlik