Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Ibu Kongsi 3 Langkah 'Potty Training' Anak Kecil Terutama Autism
Hendak melatih anak kecil untuk bebas menggunakan lampin pakai buang dan pergi ke tandas dengan sendirinya atau 'potty training' bukan mudah.
Malah masih ramai ibu-ibu buntu bagaimana caranya hendak memulakannya serta tertanya-tanya seawal usia berapakah sesuai untuk melatih anak kecil ini.
Justeru, Mami Piqah tertarik dengan perkongsian seorang ibu di laman Facebook yang menggunakan akaun nama Che Noor Burn tentang bagaimana melatih anaknya yang mempunyai sindrom autism untuk 'potty training'
Advertisement
Menurutnya, tiga perkara yang dilakukan sememangnya banyak membantu dalam mengajar si kecil menggunakan toilet. Walaupun tak mudah, hasilnya memag puas hati.
"Haaliq berusia 5 tahun dan masih lagi non verbal masa saya mula potty train. Ambil masa 3 bulan untuk Haaliq pass off diaper. Kalau anak typical, 3 hari dah ok. Anak autism ini special sikit memang perlukan kesabaran tinggi," katanya.
Tiga langkah yang dilakukan adalah:
#1 BERITAHU ANAK PEE & POO DI TANDAS
Kena sentiasa beritahu anak, pee dan poo mesti di tandas. Kalau rajin, print gambar dan buat buku cerita. Selain itu, boleh juga bercerita supaya lebih mudah. Beli kad di Shopee dan tampal dekat pintu bilik air dan dinding bilik air. Biar dia tahu, apa dia kena buat.
#2. SENTIASA KONSISTEN
Pastikan setiap 10 minit bawa anak pergi bilik air. Bila dah biasa macam ini, mereka akan faham dan ibu pun akan tahu jarak masa anak buanv air kecil atau besar
#3 ALERT DENGAN SEBARANG TANDA
Ibu ayah kena sentiasa peka dengan sebarang tanda yang ditunjukkan oleh anak. Cepat-cepat bawa ke tandas supaya tak ‘terbabas’.
Katanya hasil latihan itu dia dapat melihat progres anaknya bulan demi bulan sehinggalah berjaya ke tandas dengan sendirinya.
"Bulan pertama, memang dia tak pergi dengan sendiri. Kena kita yang bawa. Kalau terlepas masa, dia akan membuang mana-mana sahaja sebab dah biasa masa pakai diaper.
"Bulan kedua, bila dah dapat konsep membuang dekat toilet, baru mudah sedikit. Tetapi masih lagi kena sentiasa peka sebab si kecil 50/50.
"Bulan ketiga baru dia akan pergi ke toilet dengan sendirinya tanpa beritahu saya. Untuk tidur malam, pastikan sebelum tidur pergi toilet," kongsinya.
Mami Piqah kagum dengan usaha ibu-ibu yang hendak melatih anak-anak 'potty training' sendiri di rumah. Ya lah bukan mudah kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi serta usaha yang berpanjangan.
Untuk ibu bapa yang masih lagi tidak berjaya itu, boleh cuba cara ibu ini kongsikan. Mudah-mudahan berjaya!
Yang penting, parents kena sentiasa bersabar, sentiasa ingatkan anak, sentiasa alert. Penat menang penat tapi bila anak tak pakai diaper, memang lega.
Sumber: FB Che Noor Burn
Must-Watch Video