Hiburan

“Mana Ada Saya Makan Kurma Je Untuk Kurus…” - Berat Terkini 58kg, Zulin Azin Nampak Lebih Muda Dan Jelita!

gempak
Fiza Kamarudin
22/05/2020
13:06 MYT
Sponsor Banner
“Mana Ada Saya Makan Kurma Je Untuk Kurus…” - Berat Terkini 58kg, Zulin Azin Nampak Lebih Muda Dan Jelita!
Pelakon Zulin Aziz menafikan mengambil kurma semata-mata, sebagai juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan sehingga mencapai berat badan 58kg sekarang.
Zulin menerusi muat naik di Twitter berkata, dia berbuka puasa seperti biasa namun tidak mengambil nasi dan mengambil hanya dua biji kurma ketika bersahur.
“Sekarang orang konpius (keliru). Saya bukan makan kurma je. Headline kome (kamu) pun adoi. Sahur saya makan kurma dua biji, susu berperisa dan air mineral.
“Berbuka saya makan je semua kecuali nasi. Siapa pulak ckp saya makan kurma je? Saya pun tak daya makan kurma je,” tulisnya.
Zulin turut menjelaskan dia menulis mengenai perkara tersebut kerana mahu semua orang faham yang dia berat badannya tidak turun mendadak.
Kata Zulin dia mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga makan selepas disahkan mengalami masalah Gerd.
“Saya rasa saya perlu tulis ini untuk anda faham. Saya tak kurus mendadak cepat. Dari tahun lalu saya ada masalah kesihatan di mana saya ada masalah Gerd.
"Saya perlu jaga makan sebab masalah tersebut. Saya mengambil inisiatif sendiri menurunkan berat badan.
“Dan kehidupan yang lebih sihat untuk kebaikan. Saya tak makan nasi bukan sebab nasi tu buat kita gemuk tapi itu adalah cara saya set otak saya untuk tak makan berlebihan.
“Kalau saya makan nasi, saya akan makan banyak. Kalau saya makan lauk je saya tak makan banyak. Apa yang saya buat adalah saya pastikan saya makan buah, protein yang cukup dan saya mengaku saya mengambil vitamin dan supplement untuk bantu saya rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari.
“Saya juga mengamalkan exercise walaupun saya tak pergi gym.Saya pernah beberapa kali kongsi di instagram rutin yg saya buat. Setiap hari saya akan menari atau zumba. Sebab tu bila saya turun berat badan, badan saya tak menggelebeh,” katanya. Dalam pada itu Zulin turut berkongsi foto baru dengan berat badan terkini. Ternyata Zulin kelihatan lebih cantik dan muda daripada usia sebenar.
Rata-rata pengikutnya di Twitter memuji semangat Zulin untuk kelihatan cantik dan menurunkan berat badan dengan sihat.
Mereka turut berpesan kepada Zulin supaya tidak berputus asa dengan kata-kata negatif dilemparkan warganet dan meminta agar dia terus fokus menurunkan berat serta mendapatkan bentuk badan idaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live