Mansor Puteh Derma Darah 631 Kali Sepanjang Hayat
Gempak
07/07/2024 21:55 MYT
07/07/2024 21:55 MYT
Pusat Darah Negara mengucapkan takziah kepada keluarga pengarah dan pengkritik filem, Mansor Puteh yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Alam Damai, Cheras, pada pagi Ahad.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Allahyarham Mansor merupakan bekas penderma kerana telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayat.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Allahyarham Mansor merupakan bekas penderma kerana telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayat.
Derma darah
“Al-Fatihah. Pusat Darah Negara mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mansor yang telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarham merupakan bekas penderma darah dan telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.
“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.
“Allahyarham merupakan bekas penderma darah dan telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.
“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.
ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”
ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"
ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak
ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin
ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story
Mansor meninggal dunia pada usia 71 tahun dan difahamkan jenazah sudah dibedah siasat serta dibawa pulang ke Melaka untuk dikebumikan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terharu dan kagum dengan kebaikan yang pernah dilakukan arwah semasa hidup.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terharu dan kagum dengan kebaikan yang pernah dilakukan arwah semasa hidup.
“Subhanallah besar sumbangan arwah. Moga ALLAH SWT tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Aaminn,” ujar Noor Hazwani.
“Salam takziah, banyaknya arwah derma darah dan ramai yang dah dibantu. Hebatnya, semoga pahala berterusan serta amal jariah diterima ALLAH SWT,” kata Hannah Suffiya Mohammed pula.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian