Berita

Maria Tunku Sabri Dedah Nama Timangannya 'Sheila' - "Ramai Tak Tahu.."

gempak
ZULHILMI JALIL
13/07/2020
04:02 MYT
Sponsor Banner
Maria Tunku Sabri Dedah Nama Timangannya 'Sheila' - "Ramai Tak Tahu.."
Pengacara Maria Tunku Sabri mendedahkan nama panggilannya di rumah yang tidak diketahui umum selama ini.
Menurut Maria, 44, ahli keluarganya memanggilnya dengan nama 'Sheila' dan bukannya Maria.
"Ramai tak tahu nama panggilan di rumah saya, 'Sheila', sepatutnya Suhaila.
"Tunku Razak Tunku Kassim atau Ayah Razak inilah bagi nama 'Sheila'," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, bekas pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu turut berkongsi gambar dirinya bersama lelaki yang memberikan nama timangannya itu dalam keluarganya.
Begitupun, katanya, nama Maria itu lebih bersifat komersial.
"Nama sebenar 'Maria' lebih international kalau travel senang sebut.
"Lama tak jumpa Ayah Razak dulu masa arwah Mama ada kerap datang rumah mama, seronoknya dengan Ayah Razak ni kita banyak belajar macam-macam dari ilmu agama hingga kehidupan," katanya.
Pendedahan Maria itu kemudian turut mendapat respons daripada dalam kalangan rakan seindustri.
"Nama aku busuklah ye?" komen pelakon Sheila Rusly.
"Lah, kawan aku ada dua Sheila. Sheila Rusly dan Sheila Tunku Sabri," tulis pelakon Sharifah Shahora
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live