Personaliti TV dan sosialit Marion Caunter mencuri perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 pada 5 November lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Marion berkongsi beberapa keping foto sambutan majlis ulang tahun serta penghargaan buat suami, ahli perniagaan SM Nasarudin dan tiga orang anaknya.

The big 40. Memasuki dekad baharu ini, saya jadi lebih bersyukur dari sebelumnya. Saya bersyukur dengan kesihatan, bersyukur adanya keluarga, bersyukur ada kawan-kawan yang menerima saya seadanya, bersyukur diberkati sebegini. Saya menghabiskan ulang tahun ke-40 dengan makan kek.

My darling husband, terima kasih pada pasangan hidup saya. Saya mencintai awak lebih berbanding 15 tahun dulu. You’re a keeper baby,” tulis Marion menerusi ruangan kapsyen.

Pada dua majlis yang berbeza, Marion menyambut parti ulang tahun serba putih bersama keluarga tercinta.

Bekas pengacara rancangan realiti Malaysian Idol itu turut tampil serba hitam bersama suaminya untuk sebuah lagi majlis yang dipenuhi bunga ros merah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Marion yang tidak kelihatan seperti seseorang yang berusia 40 tahun.

Malah, ramai yang mengusik ibu kepada tiga orang anak tu sebenarnya berusia 20-an berbanding umur sebenarnya.

Kenapa wanita berusia 40 nampak macam 25 tahun? Kongsi rahsia bersama kami please, happy birthday Marion,” komen seorang wargamaya.

Alhamdulillah happy birthday Marion. Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan. Serius 40? Macam 28. Awak nampak sangat muda,” puji seorang wargamaya.

Omg tak nampak 40 langsung! Happy birthday Marion,” kata seorang wargamaya.

Macam mana boleh 40 kalau masih nampak macam 18 tahun? Happy birthday Marion,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto-foto sambutan ulang tahun Marion telah menerima hampir 75,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sekadar info, Marion berkahwin dengan SM Nasa pada Disember 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Leia, Lana dan Liam.