Viral

Marissa Dania Malu-Malu Kucing Disuruh Menari!

Amri Hassan
20/02/2024
00:58 MYT
Gelagat anak perempuan pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang malu-malu kucing apabila disuruh menari untuk content TikTok menarik perhatian netizen.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Akui Suka Pendam Rasa – “Kalau Saya Tak Jadi Influencer, Mungkin Saya Akan…”

Menerusi sepotong hantaran video di media sosial jenama fesyen tempatan Leeyanarahman, Marissa yang anggun berbaju putih dilihat bersama-sama dua lagi model yang merupakan content creator usai menjalani sesi photoshoot baru-baru ini.
Bagaimanapun, ketika diminta untuk sama-sama menari lagu raya viral nyanyian Aina Abdul tahun lalu, Marissa lebih banyak tertawa dan tersipu-sipu malu.
Tulis pengendali akaun terbabit; "Susah betul nak minta Marissa menari tau."
Video terbabit dihujani pelbagai komen daripada warganet, selain daripada terhibur dengan kandungan tersebut, ada yang turut menyindir Marissa.
"Cantik baju Marissa pakai, nak beli untuk anak saya jugalah. Nama Marissa juga.
"Yang Marissa pakai tu lawalah. Aku tak campur hal-hal dalaman orang. Tapi kalau lawa aku support je beli.
"Alolo, pemalunya dia.
"Oh, inilah beauty priviledge ye?
"Okaylah tu malu nak menari.. jaga maruah dia .. tak sia-sia cantik kalau ade perasan malu.
"Dia memang malu siit nak menari tapi bab kacau masjid orang dia tak malu.
"Terbalik pulak kalini eh. Penyondol pulak yg dipanggil jadi model la ape la.. patut yang teraniaya dibantu… misya tu lawa jugak okehhh.. errr !!!" tulis beberapa warganet.
Difahamkan, sesi fotografi itu telah diadakan lebih awal sebelum kecoh kisah kontroversi Marissa beberapa minggu lalu.

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Bersalin, Madu Marissa Dania Sempat Bergurau Fasal Kahwin Tiga?

Terdahulu, kisah Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan suami wanita dikenali sebagai Misya iaitu Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu menjadi tumpuan ramai.
Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).