Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Marissa Dania Mengaku Bersalah! - “Apa Yang Viral & Diperkatakan Ada Yang Benar”

Asyikin Mayudin
09/09/2023 07:34 MYT
Anak perempuan pelakon Norman Hakim dengan aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania akhirnya tampil mengakui dakwaan dirinya menjadi penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Menganggap ibu bapanya sudah mendidik dan menegurnya, Marissa menerusi laman Instagram miliknya enggan memberi penjelasan yang lebih kerana apa yang berlaku hanya melibatkan keluarga sahaja.

“Pertama sekali, semua yang berlaku adalah tanggungjawab saya sepenuhnya. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik. Mendidik saya dengan baik, menegur saya, menghalang saya daripada semua ini dan semua yang berlaku adalah pilihan saya sendiri.

“Biar saya bersihkan sendiri dan bukan ibu bapa saya. Kedua, saya mungkin tidak berkata apa-apa bagi pihak saya. Penjelasan? Ya tapi antara orang yang terlibat terutamanya keluarga saya. Saya tidak perlu menjelaskan/kelulusan daripada warganet.

“Netizen hanya akan memburukkan lagi kerana apa yang anda lihat telah berlaku. Saya tidak pernah dapat menutup mulut orang. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain. Saya mengaku saya salah.

“Apa yang diviral dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar tetapi saya di sini tidak untuk mempertahankan diri untuk mengatakan bahawa saya tidak bersalah di bahagian tertentu,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Marissa, tidak adil hanya mendengar sebelah pihak memandangkan terdapat cerita yang disampaikan tidak seratus peratus tepat.

“Sangat tidak adil untuk mendengar dari satu pihak kerana cerita yang disampaikan tidak 100% tepat, tetapi saya tidak perlu meyakinkan semua orang untuk memuaskan hati semua orang.

Antara saya dan pihak yang mengviralkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka.

“Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, Kecoh di X apabila seorang wanita bernama Misya tampil mendedahkan sikap seorang gadis yang didakwa anak kepada pasangan artis yang mengganggu rumah tangganya hingga bercerai dengan suaminya.

Lebih mengejutkan apabila gadis itu pernah didakwa bermalam di sebuah hotel di ibu kota bersama lelaki yang didakwa suami kepada Misya sekitar Jun lalu.

Selepas viral isu itu, Abby tampil memuat naik status mengatakan dia akan menjawab segala persoalan yang melibatkan nama anaknya, Marissa Dania.

BACA SINI: Abby Abadi Tepis Dakwaan Kakak Mangsa Penyondol - “Siapa Yang Bersumpah & Junjung Al-Quran Tu?”

BACA SINI: Baru Umur 18 Tahun, Anak Gadis Pasangan Artis Popular Didakwa Jadi Penyondol! Kantoi Check-In Hotel?


#Abby Abadi #Norman Hakim #Norman #Marissa Dania #Abby #Misya #Anak Norman Abby #Marissa
;