Laman Utama

Abby Abadi Tepis Dakwaan Kakak Mangsa Penyondol - “Siapa Yang Bersumpah & Junjung Al-Quran Tu?”

gempak
Asyikin Mayudin
08/09/2023
04:11 MYT
Sponsor Banner
Abby Abadi Tepis Dakwaan Kakak Mangsa Penyondol - “Siapa Yang Bersumpah & Junjung Al-Quran Tu?”
Susulan dakwaan kakak kepada mangsa penyondol, pelakon Abby Abadi sekali lagi tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika perjumpaan antara kedua-dua belah pihak.
Abby menerusi laman Instastory miliknya mengakui mereka ada berjumpa tanpa mengetahui cerita sepenuhnya namun kedatangan dia bersama keluarga bukanlah untuk memohon maaf seperti yang didakwa.
“Ya kami ada beriumpa… tu waktu baru dimaklumkan hal ni. Memang masa tu tak tahu cerita pun tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf?
“Apa tu… tu malas nk bercakap. Jadi geram dengan perangai manusia ni,” jelas Abby.
Malah Abby turut menegaskan pihaknya tidak pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran.
Abby turut memohon agar pihak sana mencerita hal sebenar dengan jelas tanpa membuatkan orang lain bersangka buruk dan membuat spekulasi tidak benar.
“Siapa yang bersumpah dan junjung Al-Quran tu? Yang pasti bukan daripada pihak kami ya. Nak bercerita tu bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka,” ujarnya.
Terdahulu, kakak kepada Misya, mangsa yang mendakwa telah rumahtangganya telah dipecahbelahkan oleh anak gadis kepada pasangan artis popular tampil mendedahkan situasi tegang yang berlaku dalam keluarga mereka.
Dakwa Nadiah menerusi hantaran di Instagram Storiesnya, mental dan emosi adiknya dipermainkan oleh suami dan gadis terbabit .
Kecoh di X apabila seorang wanita bernama Misya tampil mendedahkan sikap seorang gadis yang didakwa anak kepada pasangan artis yang mengganggu rumah tangganya hingga bercerai dengan suaminya.
Lebih mengejutkan apabila gadis itu pernah didakwa bermalam di sebuah hotel di ibu kota bersama lelaki yang didakwa suami kepada Misya sekitar Jun lalu.
Selepas viral isu itu, Abby tampil memuat naik status mengatakan dia akan menjawab segala persoalan yang melibatkan nama anaknya, Marissa Dania.
BACA SINI: "Nanti Saya Jawab" - Abby Abadi
BACA SINI: Kakak Mangsa Penyondol Dedah Bukti Rakaman Audio, Pernah Bersumpah & Junjung Al-Quran - "Kau Tak Ambil Ibrah Atas Apa Jadi ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live