Hiburan
"Masa Aafiyah Teringin Sangat Nak Minum ABC, Mak Rozi & Aunty CF Bergegas Cari..." - Ucapan Rozi Buat Anak Saudara
Pengurus kepada Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak memuat naik satu video ucapan hari lahir buat anak saudaranya.
Video tersebut lengkap dengan sepotong puisi yang ditujukan khas buat Siti Aafiyah yang juga anak kepada Siti Nurhaliza.
"Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.
"Ketika dunia menyapamu
Kali pertama,
Kau adalah kurnia,
Di usiamu menginjak dua,
Kau adalah syurga dan cinta.
-Mak Rozi
19 Mac 2020," catat Rozi.
Rozi turut berkongsi kisah ketika Aafiyah masih lagi di dalam kandungan, dan Siti sangat teringin untuk minum Air Batu Campur (ABC).
"Masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah.
"Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg. Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa," tulis Rozi menceritakan pengalaman silam.
Tulis Rozi lagi, bila sudah membeli ABC, mereka bergegas pulang kerana tidak mahu aisnya cair.
"Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair. Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah.
"Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha. Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah.
"Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha," seloroh Rozi.
Sempena ulang tahun kelahiran Aafiyah yang kedua, dia mendoakan agar Aafiyah menjadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri.
"Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina," tulis Rozi lagi.
Must-Watch Video