Laman Utama

“Masa Gemuk Dulu, Berhenti Di Traffic Light Pun Saya Tertidur” - Cat Farish Akui Pernah Hidap Sleep Apnea

gempak
Izwan Isa
01/12/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
“Masa Gemuk Dulu, Berhenti Di Traffic Light Pun Saya Tertidur” - Cat Farish Akui Pernah Hidap Sleep Apnea
Siapa sangka, di sebalik ceria tutur katanya, Cat Farish pernah menghidap penyakit Sleep Apnea atau gangguan tidur suatu ketika dahulu.
Anggota kumpulan Ruffedge itu berkata, keadaannya pada waktu itu agak membimbangkan dan dia pernah terlelap ketika sedang berhenti di lampu isyarat sewaktu memandu kereta.
“Masalah Sleep Apnea yang saya alami agak teruk. Dulu, kalau masuk kereta je saya terus tidur. Contohnya, kalau nak ke Johor, saya memang akan tidur dari Kuala Lumpur sehingga sampai ke destinasi. I can sleep anyway.
“Ada satu ketika, saya pernah memandu dan berhenti di traffic light. Tiba-tiba saya tertidur. Nasib baik ada orang datang kejutkan saya,” ujar Cat kepada Gempak.
Menurut pemilik nama lengkap Farish Ramli, 47, Sleep Apnea yang dialami adalah disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan.
“Pada waktu itu, berat badan saya sekitar 130 kilogram. Disebabkan banyak lemak, saluran pernafasan menjadi sempit. Tambahan pula saya tidak cukup rehat. Ada setengah orang badan besar dia sihat. Tetapi, saya tidak. Keadaan saya ketika itu agak teruk.
“Justeru, saya ambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Namun, disebabkan ada isu jantung, saya tidak boleh melakukan senaman dan doktor menasihati saya untuk menjalani pembedahan Bariatric Surgery. Alhamdulillah, berat badan dah turun dan Sleep Apnea pun sudah tiada,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, filem perdana arahannya, Marabahaya Underground bakal menemui penonton menerusi Astro First pada 2 Disember ini.
Turut bergelar pelakon, filem berkenaan turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Hazama, Joe Daud dan MK K-Clique.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live