Hiburan
"Masa Nak Tidur Pun Saya Rasa Macam Nak Mati" - Remy Ishak Kongsi Pengalaman Naik....
Aktor popular, Remy Ishak berkongsi pengalaman naik berat badan untuk menjalani penggambaran filem terbaru lakonannya iatu Sangkar.
Menurut Remy, dia telah menaikkan berat badannya dari 73 kilogram kepada 85 kilogram untuk menjayakan watak dalam filem terbabit.
"Antara cabaran yang saya harus lalui sepanjang pembikinan filem ini adalah menaikkan berat badan.
"Berat badan asal saya adalah sekitar 73 hingga 75 kilogram sahaja, namun untuk membawa watak 'fighter' dalam filem ini, saya telah menaikkannya sehingga 85 kilogram.
"Tak dinafikan memang banyak cabarannya, masa nak tidur pun nafas sempit sampai saya rasa macam nak mati ke ni?" selorohnya kepada Gempak.
Remy berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem Sangkar di Petaling Jaya pada Selasa.
Dalam pada itu, Remy menambah, dia berpuas hati dengan usaha dan pengibatannya dalam filem tersebut.
"Saya berpuas hati dengan usaha dan penglibatan saya dalam filem Sangkar ini, semoga ia mendapat sambutan hangat daripada penonton apabila ditayangkan nanti," tambahnya.
Selain Remy, filem Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Must-Watch Video