Hiburan
"Masa Tu Saya Nyanyi Lagu KRU & Yusry Berminat Untuk.." - Waris
Penyanyi rap, Waris menceritakan pengalaman berkolaborasi dengan penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim.
Waris dan Yusry bersama seorang lagi penyanyi rap, Kayda bergabung dalam sebuah single terbaru berjudul Skills 4 All ciptaan sepenuhnya oleh Neo.
"Pada salah satu minggu program Dansa Dan Sing, Yusry tampil menjadi juri. Pada minggu terbabit, saya sebenarnya tak tahu pun dia menjadi juri. Ketika itu saya menyanyikan lagu Awas nyanyian asal KRU.
"Dia sangat seronok dan waktu itu saya dapat mengambil hati dia. Akhirnya, dia berminat menghasilkan lagu dengan saya.
"Jadi, terhasillah kolaborasi antara saya, Yusry dan Kayda menerusi lagu ini. Saya teruja berkolaborasi dengan Yusry dan pengalaman terbabit pastinya tak akan saya lupakan," kata Waris.
Sementara itu, Yusry juga gembira kerana dapat menjalin kerjasama dengan dua penyanyi rap ini.
"Waris dan Kayda mewakili golongan muda masa kini. Saya rasa sangat teruja dapat menjalin kerjasama dengan mereka.
"Saya berharap single Skills 4 All ini mendapat sambutan yang positif kerana lagu ini mempunyai mesej yang tersendiri," katanya lagi.
Lagu Skills 4 All ini adalah sebuah lagu yang memberikan inspirasi kepada generasi muda bahawa pentingnnya kemahiran dalam sesuatu perkara.
Jangan lupa layan lagu Skills 4 All di saluran YouTube rasmi KRU Music serta dengarkan ia di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Deezer, Apple Music, iTunes, KKBOX, akazoo dan TikTok.
Must-Watch Video