Hiburan
"Masa Untuk Diri Sendiri Tu Memang Dah Kurang" - Betty Rahmad
Pelakon Betty Rahmad sentiasa sibuk menumpukan perhatian terhadap anaknya, Ardy Wira Ardy Shafiq.
Menerusi laporan HLive!, Betty mendedahkan dia sudah banyak ketepikan masa untuk dirinya sendiri kerana sentiasa mendahulukan anaknya.
"Sejak ada anak, saya memang sentiasa sibuk menjaganya, kira dia nombor satu lah.
"Kehidupan saya juga jadi lebih berdisiplin, boleh dikatakan 95 peratus untuk anak saya," kata Betty.
Walaubagaimanapun, adik kepada pengarah Erma Fatima dan aktres Datin Seri Umie Aida ini bersyukur dengan kurniaan cahaya mata yang disifatkan sebagai anugerah indah dari Allah.
"Masa untuk diri sendiri tu memang dah berkurang, tapi saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini," ujarnya.
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video