Ada orang memang suka mengamalkan ‘tipu sunat’. Katanya tidak salah bergantung pada niat untuk menyelamatkan diri. Niat tak menghalalkan cara. Sekali berbohong akan melarat menjadikan ia amalan yang tak mampu diubah lagi.
Sekali pun mahu melepaskan diri dalam sesuatu situasi itu, jangan sesekali mengadakan sesuatu yang sebaliknya. Seperti contoh ada orang mahu mendapat sesuatu keistimewaan, seperti laluan mudah untuk tidak perlu beratur atau memohon cuti sakit, dia kata dirinya sakit sedangkan dia sihat.
Ada pula orang yang mahu elak orang meminjam duit kepadanya, dia beritahu yang dia tiada duit sedangkan duit dalam simpanan ‘berkepok’, makan tak habis. Ada pula jenis yang tidak mahu memenuhi undangan tuan rumah, diberi alasan sibuk sedangkan dia mempunyai kelapangan waktu.
Begitulah antara alasan dan pembohongan yang selalu dilakukan dalam masyarakat kita secara sedar atau tidak. Ia nampak seperti tidak apa tetapi hakikatnya boleh membawa mudarat pada kehidupan jika selalu dilakukan.
Kata-kata ini umpama doa. Mintalah selalu, ditakdirkan Tuhan makbulkan, bagaimana? Daripada sihat, ditimpa sakit. Daripada berduit, hilang semua wang harta. Daripada punya nikmat masa ditarik dengan diberi kehidupan yang huru-hara dan sibuk mengejar dunia. Bukankah ini nikmat Tuhan yang sengaja didustakan?
Maka, berkatalah benar meskipun ia kedengaran pahit. Kebenaran yang pahit itu lebih baik daripada pembohongan yang manis. Pahit satu masa nanti menjadi ubat dan kemanisan itu kelak membawa mudarat dan penyakit.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, "Jauhilah oleh kalian dusta, karena dusta menjerumuskan kepada perbuatan dosa, dam perbuatan dosa mejerumuskan kepada neraka. Dan sesungguhnya seseorang berdusta, dan membiasakan diri dengannya sehingga dicatat di sisi Allah sebagai "Kadzdzab" (orang yang banyak berdusta). Dan hedaklah kalian bersikap jujur, karena kejujuran menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukkan kepada Syurga. Dan sesungguhnya seorang lelaki bersikap jujur dan bersungguh-sungguh untuk jujur, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai "Shiddiq".
Izwan Isa
Mon Oct 23 2023
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.