Video tersebut dimuat naik bersempena hari jadi pertama Brie yang disambut semalam.
"Hari yang sama di hari ini, masih terbayang bahagianya, masih terbayang 'sakit'nya, dan masih bergenang air mata melihat wajah kecilmu, selamat ulang tahun pertama Brie," tulis Acha.
Brie dilahirkan di Royal Hospital for Women, Sydney pada 20 September tahun lepas.
Selain video tersebut, Acha turut memuat naik beberapa foto bersama suami dan anaknya meraikan hari istimewa itu.
Acha mula menjejak kaki ke industri hiburan Indonesia pada tahun 2005 dan semakin dikenali di Malaysia selepas kemunculannya dalam filem Heart dan Love Is Cinta.