Masih Dijadikan Bahan Gurauan, Ajai Tak Sentap Orang Usik Pelat S - “Itu Adalah Trademark”
Mya Amri
09/07/2024 10:25 MYT
09/07/2024 10:25 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai tidak kecil hati apabila masih dijadikan bahan gurauan hanya kerana mempunyai masalah pelat huruf S.
Pelat S sebagai trademark
Sebaliknya kata Ajai, dia hanya menganggap usikan itu sebagai perkara biasa sahaja.
“Boleh jadi sebagai hiburan, orang kata bunyi unsur angin. Pada saya biasa sahaja benda itu.
“S itu sudah menjadi seperti trademark sebab semua orang ada aksen masing-masing. Bila tidak difikir tak menjadi (pelat S), jadi jangan fikir,” ujarnya.
Ajai berkata demikian menerusi satu temu bual pendek bersama penyanyi dan penyampai radio ERA, Elly Mazlein menerusi segmen Carta ERA 40 baru-baru ini.
BERITA TRENDING: TMSMY3: “Wow, It’s Him! Tak Ada Pun Pelat S!” - Ajai Rupanya Mr Parrot! Tak Sangka Juri Big Stage Masuk Masked Singer
Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my/byajai