Biarpun hampir dua minggu ditayangkan, siapa sangka kedudukan filem terbaru pelawak lagenda Jaga-Jaga Senariounion masih kekal utuh.

Buktinya, Jaga-Jaga Senariounion masih berada di kedudukan pertama carta Astro First.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi Astro Shaw, Jaga-Jaga Senariounion di tempat pertama mengalahkan beberapa filem yang masih baru ditayangkan.

Antaranya termasuklah Kungfu Cul Master Part 1, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Radhe Shyam dan Narigal.

“Jaga-Jaga Senariounion, Sebuah filem komedi. Kini di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480,” tulis pengendali akaun Astro Shaw.

Jadi apa tunggu lagi, mari meriahkan raya anda dengan filem Jaga-Jaga Senariounion.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sekadar info, Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.


Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.