Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengesahan itu diperoleh melalui kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

"Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas.

Untuk maklumat lanjut sila layari Astro Awani.