The Masked Singer

The Masked Singer Malaysia: Zain Hamid Berjaya Sorok Identiti Sampai Tersingkir, "Muka Remy Memang Terkejut Sebab ..."

Zulaikha Yusof
10/10/2020
01:09 MYT
Penyanyi dan pelakon Zain Hamid yang juga merupakan ahli kumpulan Ruffedge menyatakan Remy Ishak antara individu yang terkejut selepas mengetahui identitinya di penghujung program The Masked Singer Malaysia.
Kata Zain, 41, dia dan Remy baru menjalani penggambaran bersama pada hari tersebut.
"Dalam sembilan orang juri tu takda seorang pun dapat teka sampai la saya tersingkir.
"Memang muka juri terkejut dan speechless masa saya buka topeng. Terutamanya Remy sebab saya ada shooting dengan dia.
"Dia macam 'eh baru ja shooting sama-sama pagi tadi.' Tu yang dia terkejut beruk," katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Iskandar ini berkata ada kenalan rapat yang dapat mengecam suaranya.
"Saya ada baca komen-komen penonton di media sosial dan ada juga yang tagged nama saya. Tetapi tak ramai yang dapat teka dengan betul.
"Kebanyakannya rata-rata cakap suara saya adalah milik Black.
"Namun ada salah seorang kawan saya ini teka Musang King itu adalah saya. Saya nafikan sebab tak boleh dedahkan.
"Selepas dia tengok rancangan ini, dia tau la yang selama ini tekaan dia betul," katanya lagi.
Minggu keempat menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.
Sementara itu Musang King pula terpaksa akur tersingkir apabila berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Situasi dendangan asal kumpulan Bunkface.
BACA: Musang King Tersingkir, Ini Recap The Masked Singer Malaysia Minggu Keempat
Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.
Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Filem

The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

gempak
08/06/2024
03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.
Hiburan

Mimi Lana Ambil Masa Setahun Persiapkan Diri Untuk Filem ‘The Experts’ - “Saya Ada Pergi Kelas ‘Drift’ Sebelum Mula Penggambaran”

gempak
08/06/2024
02:55 MYT
Pelakon Mimi Lana mendedahkan hampir 80 peratus babak aksi lakonannya dalam filem aksi heist, The Experts, dilakukan oleh dirinya sendiri.