Hiburan
"Masuk Usia Enam Bulan, Mommy Sanggup Kemas..." - Elfira Loy Sedia Latih Anak Makan Sendiri
Pelakon Elfira Loy berkongsi beberapa video menunjukkan anaknya, Muhammad Ryyan Khalaf cuba untuk menyuap makanan sendiri.
Menurut Elfira, dia baru sahaja mengajar cara makan yang betul kepada anaknya yang berusia enam bulan itu, sekarang dia bersedia untuk melatih Ryyan untuk makan sendiri.
"Setiap hari umpama satu pengembaraan yang baru, baru ajar Ryyan makan betul-betul sekarang dah nak kena train makan sendiri pula.
"Awak baru enam bulan! It's okay Ryyan, Mommy sanggup nak kemas sepah yang awak buat hari-hari asalkan Ryyan jadi budak pandai anak soleh okay," tulis Elfira di Instagram.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen.
Rata-rata mereka memuji kecomelan Ryyan dan terhibur melihat gelagatnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.
Muhammad Rayan Khalaf pula dilahirkan pada 1 Oktober tahun lalu.