Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya kurang sihat kerana dijangkiti Influenza.

Menerusi satu kenyataan di hantaran terbaharu akaun Instagramnya, Jue berkongsi status terkini tahap kesihatannya.

Menurut Jue, dia mengalami demam yang agak teruk sehingga menganggu pernafasan selain hilang deria rasa dan juga bau.

“Terima kasih semua. Ramai yang beri nasihat dan doakan kesihatan Jue. Sangat-sangat dihargai. Semoga Allah membalas doa-doa yang baik untuk kalian smua. Amin.

“Ramai yang DM cakap #influenza sekarang ni tengah musim. Rupa-rupanya ramai yang kena. Tengoklah Jue sampai pakai towel nak lap hingus, tak tahan asyik meleh dan mata berair je.

“Nasib baik balik rumah mak… Dah mak kena layan kita macam baby, memang tak larat nak buat apa-apa dah.

“Mkn semua tak ada deria rasa, kadang-kadang tak boleh bau. Ramai yang nasihat kalau lebih tiga hari kena cek.

“Any tips for stop flue? Sebab tak boleh nak tidur, kacau pernafasan, kena lalu mulut tu yang perit tekak,” kongsinya.


Namun disebabkan simptom tersebut, Jue juga telah melakukan ujian dan memaklumkan penyakit yang dihidapinya itu bukan COVID-19.

“Sekarang tengah musim demam ke? Ada siapa-siapa kena simptom flue meleleh nonstop, batuk-batuk, sakit tekak.

“Hilang deria rasa, demam sejuk, berat kepala. Dah check tapi bukan COVID,” maklumnya di ruangan Insta Stories.


Sementara itu di ruangan komen, mendoakan agar Jue cepat sembuh selain berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami penyakit yang sama.

“Saya sekeluarga pernah kena, habis sakit sendi tulang, cucuk-cucuk badan ni. Makan sup ketam nipah terus okay. Alhamdulillah Allah bagi sihat lepas tu. Cubalah Jue, mana tahu sesuai,” saran seorang pengikut.

“Semoga cepat sembuh Jue, saya baru lepas baik Influenza lagi sakit dari COVID bagi saya,” komen seorang pengikut.

“Saya pun baru habis kurantin Influenza, moga akak diberikan kesembuhan, faham sakit kepala on off, saya ada asma terpaksa guna inhaler. Minum air masak banyak-banyak,” tulis seorang lagi pengikut.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.