Sepotong video memaparkan aksi spontan Aliff Aziz menyanyikan lagu Dari Mata buat Ruhainies tular di TikTok.

Video yang dimuatnaik oleh Ruhainies sendiri ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama itu menyaksikan mereka sedang menantikan giliran untuk babak lakonan mereka.

Ruhainies duduk di samping Aliff sambil memegang secawan air sedang asyik melayan nyanyian acapella Aliff yang berbaju kemeja merah dan berseluar slack hitam.

Adakalanya Ruhainies tersipu-sipu malu sambil menikmati suara merdu Aliff.

Video yang dimuatnaik Ruhainies sejak kelmarin itu mulai menuai pelbagai komen daripada warganet.

Ada yang menyifatkan Aliff punyai pesona lelaki dambaan ramai wanita; kacak dan 'sweet talker'.




@ruhainies777 On set #terjerat ♬ original sound - Ruhainies777

Selain itu, meninjau Instagram Stories Ruhainies, pelakon itu sempat berkongsi beberapa lagi momen mereka bersama termasuk Aliff memegangkan payung sambil menemaninya berjalan.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berstatus suami orang ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Mengukuhkan spekulasi apabila isteri Aliff, Bella Astillah hadir ke pejabat agama seawal 2.40 pagi.

BERITA TRENDING: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

BERITA TRENDING: Apa Motif Bella Astillah Ke Pejabat Agama Islam Pukul 2.40 Pagi?

BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah