gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Baim Wong Dapat Hak Asuh Anak, Paula : “Mama Sudah Sehabis Tenaga Memperjuangkan…”
HIBURAN
Katy Perry, Orlando Bloom Berpisah Lepas 7 Tahun Bercinta
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah

Gempak
Gempak
12/08/2024
03:30 MYT
Sponsor Banner
Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah
Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.
Menurutnya, risikan yang dijalankan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.
"Pasangan ini ditahan di Chemor, Perak dan siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu tersebut telah membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, mangsa yang mempunyai tiga orang anak dipercayai mengenali suspek dan terlibat dengan urusan pelaburan manakala isterinya tidak mengenali mangsa.
“Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan," katanya lagi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.
Sinar Harian pada 18 Jun lalu melaporkan mengenai kehilangan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang, Johor yang menimbulkan tanda tanya dan menggemparkan negara.
Hebahan tentang kehilangan Cikgu Istiqomah dikongsikan birasnya, Yusni Ismail di Facebook.
Berita mengenai kehilangan Istiqomah mula tular di media sosial, setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada tarikh berkenaan.
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cikgu Istiqomah
#Mayat tanpa kepala
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement