Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Media Sosial Adalah Hak Masing-Masing" - Izzue Islam

Zulaikha Yusof
03/03/2019 18:15 MYT
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menyatakan tindakan berkongsi masalah di media sosial adalah hak masing-masing.

Menurut Izzue segelintir individu menggunakan platform itu untuk menyelesaikan segala persoalan.

"Media sosial adalah hak masing-masing.

"Sesetengah orang suka untuk berkongsi masalah di platform tersebut.

"Mungkin dengan cara itu dapat menjelaskan serta menyelesaikan segala persoalan," katanya kepada Gempak.

Izzue ditemui ketika Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 di Management And Science University (MSU), Shah Alam baru-baru ini.

Tambah pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan berkata seharusnya individu itu tahu untuk mengendalikan situasi selepas berkongsi kepada semua orang.

"Apabila sudah berkongsi, kita kena sedar bahawasanya semua orang sudah tahu tentang masalah itu.

"Kita kena tahu macam mana ingin menguruskannya.

"Sama ada ingin memadam entri tersebut, membalas komen atau membiarkannya. Dalam media sosial ini ada dua sahaja iaitu positif dan negatif," katanya lagi.
#pelakon #Izzue Islam #Pelakon #DFKL