Musim atau trend minuman boba atau bubble tea semakin menggila!

Bukan sahaja ia boleh dinikmati dalam pelbagai minuman, malah kini manusia menjadi semakin kreatif apabila memasukkannya di dalam setiap masakan.

Terbaharu, tular di Twitter dengan menu baharu Mee Goreng Boba!

Gambar mee goreng bersama telur mata dan boba di atasnya mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata memberikan respon yang negatif terhadap hidangan tersebut.


Pernahkah and terfikir untuk masukkan boba dalam mee goreng? Hmm apa rasanya ya?

Bagaimana pun, bukan sahaja Mee Goreng sahaja menjadi ‘mangsa’ penggila bubble tea, malah ini empat menu atau masakan lain yang turut dicampurkan boba

1. Omelette Boba

Telur dadar ala barat ini juga menjadi uji kaji apabila turut dicampurkan boba dalam adunannya. Ia telah mula tular di Jepun

2. Stimbot Bubble Tea

Sebuah restoran di Pulau Pinang menyediakan bubble tea di dalam pot steambot. Dihidangkan dalam susu segar atau teh susu sebagai sup dan dipanaskan bersama boba, cincau, biji sago dan kacang merah.

3. Cempedak Boba Pizza

Pelik bunyinyakan? Piza berperisa cempedak ini dihidangkan bersama biji boba di atasnya. Ia benar wujud di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor.

4. Ketam Boba

Sebuah restoran Cina di lembah kelang, menampilkan menu yang unik ini. Ketam bercili ini dicampurkan dengan bubble tea! Hmmm apa rasanya tu?