Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”

Muhammad Firdaus
27/04/2024 01:55 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

Sarah Adalah Peminat

Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan.

“Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” ujar Meerqeen sewaktu ditemui media usai majlis tayangan episod pertama siri Astro Originals, Framed.

Tak Berkawan?

Meerqeen bagaimanapun beberapa kali menegaskan bukan berkawan baik dengan wanita yang menimbulkan kontroversi dan ‘huru hara’ di media sosial kerana pendedahan mengenai hubungan gelap dengan Aliff.

“Dia bukan kawan. Saya boleh cakap sebab dia kata dia kenal semua artis. Jadi dia fans (peminat),” katanya lagi.

Pelakon yang memegang watak Edi dalam Framed yang akan mula bersiaran pada 3 Mei 2024 juga berkata sudah terbiasa apabila dirinya dikaitkan dengan kontroversi.

“Semua perkara buruk yang terjadi dalam industri ni mesti terpalit nama Meerqeen. Kadang-kadang saya terpaksa lari daripada benda tersebut dan fokuskan lebih kepada karier saya,” ujarnya.

Sekadar info, siri Astro Originals Framed akan ditayangkan di saluran Astro Premier (410), On Demand, Astro Go dan Sooka.

Siri Framed membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Meerqeen, Mimi Lana, Rusdi Ramli dan Sangeeta.

BERITA TRENDING: “Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?

BERITA TRENDING: Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”

#pelakon #Viral #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Selebriti #hiburan #Meerqeen #Sarah Yasmine