Pelakon Meerqeen menafikan dakwaan bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang tular baru-baru ini.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,22, berkata, dia tidak akan melakukan perkara seumpama itu bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.

"Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.

"Malah saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung.

"Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,"katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Meerqeen Akhirnya Buka Mulut, Jawab Isu Amir Ahnaf Rampas Anna Jobling Daripadanya

Meerqeen ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd di Putrajaya pada Rabu.

Tambah Meerqeen, dia sudah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan keadaan sebenar.

"Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama.

"Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah 'man to man talk'," katanya.

Sementara itu aktor ini juga lebih selesa mengambil langkah berdiam apabila perkara ini menjadi tular di media sosial.

Menurutnya sebagai seorang artis kehidupannya sentiasa menjadi perhatian dan dia tidak perlu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Semakin lama kita dalam industrri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.

“Kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya.

Terdahulu timbul dakwaan seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular yang berstatus tunangan orang.

Warganet membuat spekulasi dan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka sedang bergandingan dalam drama bersiri Headliners.