Aktor Bollywood popular Shah Rukh Khan mencuri perhatian wargamaya apabila berswafoto bersama barisan hero popular dunia, Jackie Chan dan Jean-Claude Van Damme.

Menerusi laman sosial Instagram, Khan memuat naik swafoto tersebut untuk tatapan umum.

“Khan, Damme, Chan at the #JoyForum19. The Joys all mine as I got to meet my heroes,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Khan, Damme dan Chan bertemu untuk menerima anugerah Joy Excellence ketika di Joy Forum 2019 yang berlangsung di Arab Saudi pada Ahad.

Khan, Damme, Chan at the #JoyForum19. The joys all mine as I got to meet my heroes. @jcvd @jackiechan @joyforumksa

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

Malah, anugerah ini turut berikan kepada seorang lagi pelakon yang memegang watak sebagai Aquaman, Jason Momoa.

Di ruangan komen, rata-rata peminat seluruh dunia meninggalkan komen teruja apabila melihat hero-hero kegemaran mereka di dalam satu foto.

“Tiga lagenda dalam satu gambar, what a great feeling!” komen seorang netizen.

“Welcome three legends to Arab Saudi!” ujar seorang netizen.

“Can’t get more legendary than this frame!” ujar aktor Jackie Shroff.

Foto Khan tersebut menerima hampir dua juta tanda suka daripada wargamaya.