#MEGASPONTAN2023 : Berdepan Masalah Kesihatan, Aya Amiruddin Beri Bayangan Mahu Tarik Diri? - “Aku Rasa Effect Mental…”
Asyikin Mayudin
22/06/2023 06:20 MYT
22/06/2023 06:20 MYT
Kurang sihat sejak minggu lalu, pempengaruh Aya Amiruddin mengakui dia sendiri tidak pasti apa yang terjadi pada dirinya sehingga hilang semangat untuk meneruskan perjuangan dalam program Mega Spontan 2023.
Aya menerusi laman Instastory miliknya berkata dia berasa serba salah kerana telah menyusahkan semua orang yang terlibat dalam program tersebut termasuk ahli kumpulannya, Srivijanda.
“Aku tak tahu kenapa… minggu lalu aku memang tak berapa nak sihat, macam on off, dah seminggu. Even Mega Spontan pun, aku dapat banyak DM, ramai tanya, okay tak, kenapa Aya tak ada, tak main ke, macam tak sihat.
“Yes, rasanya hari itu aku ada upload gambar aku kena warded, tapi sekejap saja. Aku tak tahu apa terjadi dekat aku. Aku just rasa tak boleh nak main, faham tak… tak tahu macam mana nak cakap.
“Tapi aku rasa macam dah susahkan semua orang. Aku rasa serba salah sangat. Aku rasa tak boleh nak buat dah,” kata Aya.
Terdahulu, ketiadaan Aya dalam kumpulannya pada minggu keenam Mega Spontan 2023 pada Jumaat lalu mengundang pertanyaan dalam kalangan peminatnya.
Bagaimanapun Aya memaklumkan kepada ketua kumpulannya iaitu Ropie berkenaan masalah asma yang dihadapinya itu menyebakan dirinya tidak dapat beraksi pada malam tersebut.
Dalam pada itu, Aya memberitahu masalah yang dihadapi itu telah memberi kesan kepada mentalnya sehingga menyebabkan dirinya seperti tidak mahu lagi meneruskan program lawak itu.
“Aku rasa sebab biasanya aku kena asma, arwah mak ada, bila tak ada ni aku rasa macam… memang aku ada orang belakang aku tapi sebab mak kan. Aku tak boleh la.
“Benda tu effect macam-macam benda… aku rasa effect mental aku. Aku rasa macam tak tahu nak kata apa. Aku rasa macam tengok Kamal Adli, walaupun tak payah chief lagi, tapi semangat dia ada.
“Rasa serba salah gila… aku rasa macam tak cukup enough, tak boleh nak buat la dah,” ujarnya.
Kesemua ahli kumpulan Manjakelat, Srivijanda dan Champaktakjauh menarik nafas legas apabila tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu keenam Mega Spontan 2023.
Namun, untuk kali yang kelima, kumpulan Srivijanda sekali lagi diumumkan sebagai pemenang bagi minggu ini, dengan mengungguli tangga tertinggi menerusi markah sebanyak 35.29 peratus.
Pada malam berkenaan, kumpulan Manjakelat yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 32.95 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 31.77.
Sungguhpun Champaktakjauh menduduki tempat terakhir dan sepatutnya dimasukkan dalam Bilik Mega Merenjis, namun, kumpulan berkenaan menggunakan imuniti.
Secara automatik, kumpulan Manjakelat menjalani hukuman disiram cecair hijau dan ulat.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.