Kamus bahasa Inggeris, Collins Dictionary, baru baru ini mengeluarkan senarai perkataan paling popular yang digunakan di seluruh dunia sepanjang tahun 2020.

Mengikut laporan yang dilihat dari YouTube Evening Standard dan Mirror, kamus tersebut menamakan perkataan Lockdown atau perintah berkurung sebagai perkataan paling popular tahun ini.

Menurut Penasihat Pakar Linguistik di Collins, Helen Newstead, perkataan Lockdown telah digunakan jutaan kali pada suku tahun pertama 2020, meningkat kepada sekitar 250, 000 juta kali berbanding hanya 4,000 kali pada tahun lalu.

"Lockdown telah memberi impak yang sangat besar terhadap pekerjaan, pembelajaran termasuk cara kita bersosial.

"Dengan kebanyakan negara di dunia memasuki fasa kedua lockdown, ia bukanlah perkataan yang patut kita raikan, namun hakikatnya telah menjadi perkataan paling po[olau di dunia pada tahun ini," kata Helen.

Selain Lockdown, kamus tersebut turut menyenaraikan 9 perkataan baharu yang menjadi sangat popular penggunaannya pada tahun ini.

Ini termasuklah perkataan Coronovirus yang muncul sebaik sahaja wabak virus tersebut dikesan di Wuhan, China pada tahun lalu.

Kamus tersebut turut menyenaraikan perkataan social distancing atau penjarakan sosial serta furlough yang bermaksud jarak jauh dan key worker atau pekerja utama sebagai antara perkataan popular tahun ini.

Penggunaan akronim BLM atau Black Lives Matter juga diiktiraf sebagai antara yang popular susulan insiden kematian pemuda kulit hitam 'di tangan' polis kulit putih dengan sebanyak 581% penggunaan dari Collins.

Perkataan Megxit juga masuk daftar setelah Putera Harry dan Meghan Markle berpindah ke US.

Terdapat juga perkataan yang sangat lucu untuk disebut iaitu Mukbang yang dilabelkan kepada hos yang menyiarkan konten bersifat menu dan makanan yang dimakan dalam jumlah banyak di platform media sosial mereka.

Perkataan Tiktoker pula menjadi popular kerana digunakan oleh individu yang berkongsi aktiviti atau konten mereka di platform media sosial Tik Tok.

10 Perkataan Popular Menurut Kamus Collins Dictionary;

1. Lockdown
2. Coronavirus
3. Furlough
4. Key worker
5. BLM
6. Megxit
7. Tiktoker
8. Mugbang
9. Social Distancing
10. Self Isolate


Kredit Foto: World Economic Forum, Getty Images